Men Privileges

26-09-2018 oleh Cik Dara

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nama aku cik dara,masih belum berkahwin dan masih tinggal dengan mak ayah. Tujuan aku hantar confession ni bukanlah membuka pekung di dada, tapi sebagai pengajaran pada semua,terutamanya mak pak yg ada anak lelaki, or lelaki yg berpendirian yang kerja rumah semua atas tanggungjawab isteri. Yes..cerita aku ni lebih kurang macam balasan balik pada confession adam sebelum ni.

Aku dibesarkan family yang bahagia, dengan mak ayah dan 2 adik lelaki. Alhamdulillah..ayah dan mak aku sangat penyayang dan aku xpenah rasa kurang kasih sayang. Ayah aku dulunya bekerja sepenuh masa, manakala mak pula suri rumah sepenuh masa. Sekarang ayah aku dah bersara dan hanya duduk di rumah saja.

Kalau semua ok, kenapa aku hantar confession ni ye? Dan kenapa jugak men privillage? Sebabnya..ayah aku pun mentaliti sama dengan encik adam tu. Ye..ayah aku dan semua kaum lelaki dalam keluarga aku. And sebab tu menjadikan mak aku hamba dalam rumah sendiri oleh ayah aku dan anak2 lelaki dia. Senang cerita, semua benda even cedok nasi and angkat pinggan ke singki pon harapkan mak aku or aku yg buat.

Nak tolong2 basuh pinggan mangkuk, sidai2 kain or kemas rumah memang jangan harap. Bila disuruh buat (aku la biasanya akan suruh adik lelaki) mesti beribu alasan yg diorang bagi. Yela..mak manjakan sangat2 dari kecik. Semua benda mak aku yg buat. Mak aku bukan xpernah suruh, tapi anak lelaki ni contohnya ayah diorang. Bila ayah aku pon goyang kaki, diorang memang xde maknanya la nak buat. Aku pulak..as anak perempuan memang apa2 kena la tolong mak kan. Sebab aku sorang anak perempuan. Lepas dah pencen ayah aku memang duduk rumah je. Ada la sikit improvement,pinggan at least dia angkat sendiri ke singki dan basuh (pinggan dia je,pinggan lain dlm sinki tu still dia biar je). Still ada la tebas2 laman, kemas2 laman.

Adik2 lelaki aku? Still sama. Tetap harap semua berhidang. Semua harap org lain buat (orang lain tu aku dan mak aku). Aku pulak memang keje, jadi apa2 memang mak aku jugak la yang buat. Still, xde kesedaran pon ayah aku nak tolong mak sikit2. Padahal dia duduk rumah je. Adik aku pulak,ada sorang yg masih xkerja tetap. Jadi dia pun duduk rumah xbuat pape. Ko rase ape perasaan mak aku? Suami dan anak dua2 macam ni. Tapi mak aku selalu cakap..xpe.. tu tanggungjawab mak. Tapi aku yang geram. Sebab rumah ni rumah semua org.. x sepatutnya kami berdua je yang rasa bertanggungjawab buat semua benda sedangkan yang lain goyang kaki. Tapi mak aku redha je. So aku pun xpush further.

Benda ni jadi makin parah bila mak aku disahkan cancer awal tahun ni. Cancer wei..its a scary disease. Tapi aku minta mak aku positif..jangan pikir bukan2. Mak aku kena buat operation untuk buang cancer tu. So aku la kena jaga mak aku kat hospital. Operation tu dibuat masa bulan puasa baru2 ni. Tau jela bila berkampung kat hospital kan.. memang nak tido malam pun xlena. Urusan rumah memang xsempat nak tengok langsung. Memang aku serah bulat2 dekat ayah and adik2 lelaki aku.

And you know what? Aku rase mcm sesak nafas tengok rumah bila aku balik dari hospital. Bekas2 makanan still ats meja..rumah xdisapu. Tunggang langgang. Pinggan mangkuk dlm singki pon penuh. Dan aku jugak la kena kemas balik semua benda lepas xtido semalaman dekat hospital. Dah la tgh puasa. Adik2 aku?tido..sampai ke tengahari tido. Masa tu..memang aku rasa nak explode. Tapi aku still sabar lagi.

Ayah aku waktu ni ada jugak la tolong2 sikit2. Dia setelkan baju2 semua. Ok la tu. Tapi bertahan 2 hari je kot haha. Last2 aku jugak la yang kena buat. Masa tu aku xcuti..jadi aku kena juggle masa jaga mak, prepare makanan sahur/berbuka, kerja2 rumah and keje aku. Perjalanan aku ke tempat keje pon boleh tahan jauh. Pernah terbabas masuk line orang sebab tertido. Memang letih sgt2. Tapi tu pon aku sabar. Aku pujuk diri aku..bulan puasa ni..xpe..semua dpt pahala.

Aku start xtahan bila mak aku balik dari hospital. Masa mula2 memang mak aku xbuat ape2 la kan..baru lepas operation. So aku yg take over keje2 rumah. Mula2 la tu..lepas seminggu macam tu..bila mak aku dah sihat sikit tapi x betul2 sihat..ayah aku start request masak lauk favorite dia. Kalau setakat request xpe..ni macam demand tu. Yang memang dia nak makan jugak. Aku akui aku xde la terer macam mak aku bab2 masak ni so aku xreti sangat nak masak lauk feveret dia tu.

Kalau pon aku buat mesti rasa xsama. Aku pujuk mak aku. mak xyah la buat. Minta ajar aku buat tapi mak aku xpercaya aku masak haha. Aku memang nak marah ayah aku sebab demand tapi mak aku halang. Di masakkan jugak lauk tu untuk ayah aku makan. Aku memang xsentuh langsung lauk tu sebab sakit hati. And lepas2 tu..ayah aku start demand masakkan sarapan la semua dekat mak aku. Kalau xbuat dia macam marah2. Ko rasa? Takkan xpikir langsung isteri tu tengah sakit? Mak aku bukan boleh kuat2 sangat.

Malam2 pon tido awal sebab sakit. Tapi ayah aku ni selfish..dia pikir dia je. Kerja rumah macam biasa..aku dengan mak aku jugak yang buat. Aku cuba buat mana yang terdaya dan halang mak aku buat kerja tapi memang sangat penat. Nak2 baru2 ni kan raya. Lagi la rasa macam nak pengsan. Time ni memang benteng sabar aku dah pecah. Mak aku sampai nangis2 dengan aku..risau kalau dia xde macam mana. Risau kalau dia lagi sakit nanti boleh ke suami and anak2 dia nak jaga dia. Dia salahkan diri dia kenapa la dia sakit. Dia rasa diri dia xberguna. Aku nangis sekali dengan mak aku. Masa ni pikir..untungnya jadi lelaki. Xkan ada dilema macam ni.

These days..aku dingin je dengan ayah aku. Ayah aku pun pelik..kenapa aku kurang cakap dengan dia. Jujur, aku xde mood langsung nak tegur dia. Tapi sebab hormat aku still cuba layan macam biasa. Susah sebenarnya.. tapi aku cuba. Dengan adik2 aku pun aku malas nak layan sangat. Tapi dengan adik2 boleh la aku nak marah tapi dengan ayah? Sangat susah. Aku paham juga..ini la didikan dan mentaliti yang diterap daripada dulu lagi. Tradisional women? Itulah dia. Dan hakikatnya.. yang sakit adalah isteri dan anak2 perempuan yang memendam rasa.

Ni bukan pasal feminis ke apa.tapi inilah realiti yang jadi bila cuma isteri yang sibuk mengurus rumah tangga. Bila sang isteri tiba2 jatuh sakit ke apa, si suami xkan mungkin boleh berubah 180 degree untuk ambil alih pula kerja2 rumah. Never. Sebab dah berpuluh tahun hidup semua tersedia. Ambil contoh ayah aku..dia bukan xsayang mak.

Tapi sebab dia dah terbiasa macam tu. Sebab tu pentingnya suami kena tolong juga buat kerja2 rumah ni. Isteri ni bukan minta banyak pun. Sekadar tolong kemas rumah setakat termampu, tolong uruskan pinggan mangkuk/baju2 bila isteri xsempat buat, uruskan anak2 bila ada kesempatan, masak2 untuk isteri sekali sekala. Itu sahaja. Kalau itulah dikatakan permintaan yang melampau..then I pity your wife..truly. Dan aku betul2 minta pada Allah..jangan la berjodoh dengan lelaki yang ada mentaliti macam ni. Cukuplah sepanjang hidup aku dengan keluarga aku yang macam ni. Doakan ya.