Isterikah Aku, Atau Hamba..

26-09-2018 oleh Anonymous

Assalamualaikum teman2, yea aku isteri, tetapi seperti hamba. aku berkahwin hampir 3tahun…dikurniakan anak setahun 7 bulan… dan kini sedang sarat hamil 7 bulan. di awal perkahwinan alhamdulillah semua boleh dikatakan ok. mungkin kerana dia, menjalani latihan dan kami berjauhan hampir 6 bulan…

Dia tamat latihan pun, aku sudah dekat nak bersalin. sepanjang tempoh dia menjalani latihan, aku tinggal bersama ibu bapa ku. segala perbelanjaan ibu ayah ku yang tanggung. kerana dia, selepas tamat latihan baru dibayar gaji. Bila aku habis pantang. dan anak sulong 6 bulan ketika itu. Aku pindah menetap bersama dia. ditempat yang dia kena posting untuk dia bertugas.

Selama aku tinggal dengan dia. aku mampu kira nafkah zahir yang betul2 dia bagi untuk aku sebagai duit poket aku. kini tiada lagi duit yang dia hulurkan, cuma sekadar meminta aku untuk pegang duit perbelanjaan harian. pernah aku bersuara, aku menyatakan. hak isteri wajib dibayar walau hanya seposen. sebab itu adalah tanggungjawab suami.

Dia hanya ketawa dan dia cakap tak cukup lagi ke dia sediakan keperluan makan minum peralatan mandi peralatan rumah. aku menjawab, itu cukup untuk kita sekeluarga. tapi itu bukan lagi dinamakan nafkah zahir untuk isteri tapi itu keperluan bersama.

Dia bantah lagi, menyatakan dia dah beli topap untuk aku tiap2 bulan. itu sudah cukup. aku kaku, kelu untuk berbahas. takut nanti mengundang pertelingkahan kerana aku tahu, aku tidak akan menang. bukan wang ringgit yang aku harapkan. aku cuma ingin dia bahagia diakhirat sana..tanpa mempunyai sedikit hutang nafkah dia terhadap aku…

Aku terima walau nafkah aku cuma sepusen dalam sebulan. aku tidak pernah bersunggut. segala kudrat penat lelah ku, menyediakn segala kelengkapan dia dan anak. Rumah aku sentiasa biarkan berkemas, walau aku penat. tapi aku kerahkan kudrat. walau dia cuti, tapi tiada belas kasihan membantu aku…

Bukan niat ku, untuk buka aib suami ku sendiri. tapi aku juga insan biasa seperti kamu semua. lemah dan selalu salah. aku inginkn kekuatan dari kalian, agar aku terus kuat demi anak2… amanah Allah swt.. terima kasih.