Derhaka?

25-09-2018 oleh AI

Assalamualaikum, pertama sekali terima kasih kerana menyiarkan confession saya.

Cerita dia macam ni, saya dibesarkan oleh atuk dan wan saya tapi saya still keep in touch with my parent. So, petang tadi my mum call. Conversation kami macam ni.

Mak: gaji basic kau berapa?
Me: mak nak buat apa?
Mak: adalah.
Me: bagitahu dulu.
Mak: mak nak apply zakat?
Me: zakat apa yg mak nak apply minta anak punya basic gaji?
Mak: ehh, kau ni banyak tanya. Nak minta basic gaji pun susah nak bagi

Then dia hang up the call.

Saya pun whatsapp lepas google pasal bantuan zakat tu, terangkan apa yang dia kena buat.

Otw nak ke LRT, she whatsapp me back. Mak cakap dia tengah susah and nak buat loan. And she want to use my name.

And saya dengan kerasnya tak setuju, sebab:

Flashback, 1st case abang saya pernah masukkan unifi dekat rumah mak sebab dia cakap nak guna untuk kerja dia and promise him to pay the bill sharp. Abang saya masa tu 21 so dia pun setuju. Last year dia dapat surat saman from TM, menyatakan yang dia berhutang RM 5,000 and nama kena blacklist. After argue and talk, mak agree guna epf dia bayar balik duit abang.

2nd case happened last year. My aunt dapat call dari unknown number asking about my mak. Orang tu marah and my aunt sebab mak saya pinjam duit and tak bayar. Guess what, mak pinjam duit ah long and ask them to contact my aunt yang taktahu apa. Oh lupa nak mention, my aunt ni wife adik abah, and my parent dah bercerai 18years ago.

Back to present, dia merayu2 minta guna nama saya. Siap cakap saya ni tak kenang budi semua.

Saya jadi marah and cakap my mak so selfish sebab tak fikir langsung keselamatan anak perempuan dia. Dia reply cakap tu company berlesen. Oh god, come on lah, takkan company tu bagi loan tanpa sign and document yg sah? Just nak nama and contact, tak logik kan? And of course saya lagi suspicious. Then dia marah2 cakap saya ni anak yang jahat sebab bila dia susah taknak tolong.

To be careful, takut dia tetap guna nama saya utk buat loan tu, saya ajak atuk pergi buat report esok sebab takut kalau apa2 jadi pergi balik kerja nanti.

Saya taktahu saya derhaka ke dengan mak saya? Sebab saya ada marah2 dia jugak tadi. Tapi saya nak lindungi diri saya dari bahaya je.

Saya taktahu apa nak buat sekarang ni.