Definisi Anak Derhaka

07-09-2018 oleh Insan Hina

Assalamualaikum readers, admin, terima kasih jika sudi post confession ni. Dh banyak kali cuba, tp admin xpost. Dh banyak kali ubah ayat, cantikkan jalan cerita, pun sama admin xsudi post. Sbb ank derhaka ke ye? Huhu.

Aku, anak sulung dari 8 beradik. Sejak kecik, xpernah sedikit pun keluar ayt yg elok dari mulut mak atau bapak aku. Kau berjaya macam mana sekalipun, perkataan yg selalu keluar ialah, bodoh, pandir, otak tak ada, otak kt lutut. Dari kecik, ye dari kecik. Pernah dihalau dari rumah bnyk kali start dari lepas SPM, tgh dalam pantang ank sulung, dan tengah sarat mengandung ank no 2. Aku xtinggal sekali dgn mak bapak aku, aku ikut suami kerja kt perantauan, tp suami selalu kene kerja jauh, so, kdg2 aku balik kg dgn ank2. Paling latest, 2-3 minggu ni, aku dan adik aku kene halau keluar dari rumah, sebab? Aku tengking bapak aku masa dia ketuk dan sepak terajang adik bongsu aku time adik bongsu aku tidur. Biasa la budak, umor 9 tahun, tgh tidur kalau kejut mesti mengigau kn. Ha masa tu la kene.

Perangai bapak aku, xboleh ditegur, dia semua yg betul walaupun dlm hal agama dia ajar ank2 benda xbetul, surah2 terbalik sekalipun. Suka tgk porno, dan adik2 aku 2 org pernah kantoi lyn porno tu dlm handphone bapak aku. Adik aku umur 9 tahun dan 12 tahun.

Perangai mak aku? Suka jaja cerita ank2 yg tak betul kt org. Kat rumah bila kami kemas rumah kemas dapur, ptg mak aku buat sepah, dia jaja kt org cakap ank2 dia pemalas walaupun kami seperti nak patah pinggang dibuatnya kemas seluruh rumah. Mak aku macam suka kalau tgk ank2 dia bergaduh. Kami adik beradik, yg besar2 tinggal jauh dari keluarga, so, die guna kan peluang tu utk kucar kacir kan hubungan kami adik beradik, contoh si A tinggal jauh, si B tinggal kt rumah, dia akn call si A bgtau si B ni buat perangai, so si A akan call si B maki hamun si B ni dgn xtahu hujung pangkal.

Aku 3-4 bln ni balik duk kg sbb bapak aku pujuk konon rindu cucu. Aku ingt dia dh berubah, so aku balik aku niat nk tolong mak aku, dia meniaga kuih hantar kt kdai2. So ptg2 aku akan angkut ank2 aku bwk mak aku g anta kuih. Balik kemas rumah dgn sebelah tgn lyn ank no 2 aku yg selalu meragam, pg2 pun cam tu . Tp time aku xada kt rumah, contoh bermalam kt rumah kawan/ balik rumah mertua, bila aku balik rumah mak bapak aku, aku akn dgr adik2 aku mengadu mak aku jaja cerita aku kt org. Mak aku sendri, bkn mak mertua aku ye. Sedih sgt. Smpai org semua pandang rendah kt kami adik beradik, cop kami ank xguna. Dihina walaupun bnyk kami labur kt org tua kami. untuk pengetahuan, aku tinggal kt rumah bapak aku, aku bkn duduk saja, aku byr sewa, aku beli brg dapur, bil2 aku byr.

Yg lepas aku tengking bapak aku pasal adik aku tu, bapak aku cop aku ank derhaka. Ye ank derhaka. Sampaikan sesiapa, dalam adik beradik aku yg rapat dgn aku, ikut aku keluar walaupun sekali, akn dihalau keluar. Benci nya dorg kt aku. Mak aku xbertegur dgn aku sbb aku tengking bapak aku time die baik dgn bapak aku. Time die gaduh ngn bapak aku, semua cerita pasal bapak aku keluar, suami xguna la, suami menyusahkan la. Ibaratkan mak ngn bapak aku ni sama sepesen je.

Aku tercerita pasal ni kt suami aku, suami aku suruh aku balik rumah kami, bwk ank2. Sbb kesian ank2 pun terlibat sama, suami cakap sebelum keluar rumah mak bapak, g mintak maaf,mintak halal susu , makan mnum semua. Kalau ikut kan hati die, dia xnk bg dah aku balik, tp dia cakap, cam mana pun dorg ttp mak bapak aku. So, keluar dlu, biar reda dlu masalah ni. Utk pengetahuan semua, aku ada depression, disebabkan masalah yg aku hadap dari kecik ni.

Aku nk mintak korang bg nasihat kt aku, betul tindakan aku? Betul ke apa yg suami aku cadangkan? Ank derhaka ke aku?

Tgk org lain buat baik ngn mak bapak, aku teringin, aku balik pun niat nk tolong mak bapak aku, tp ni yg aku dapat. Aku tahu salah dari aku jgk. Tp entah la. Tolong korang, aku perlukan korang saat ni bg komen membina. Down gila aku rasa saat ni. Terima kasih.