selamat datang di
Luahan Hati
Berasa cemas, letih, atau keseorangan? Jangan risau, kamu tidak keseorangan. Kadangkala, berkongsi cerita adalah langkah pertama untuk berasa lebih baik. Di sini, kamu boleh menuliskan apa yang kamu rasa tanpa takut dihakimi. Temui ruang selamat untuk meluahkan isi hati, berhubung dengan mereka yang memahami,serta menyedari bahawa kisahmu amat bermakna dan berharga.
Kami: “Kamu tidak bersendirian. Luahkan ceritamu di sini, agar hatimu terasa lebih lega.”
Mulakan ceritamu sekarang
Kamu:“Saya sering berasa cemas dan keseorangan… namun tidak tahu kepada siapa harus saya ceritakan.”
Tujuan Kami
Menjadi ruang yang selesa dan inspiratif bagi setiap individu untuk berkongsi cerita, didengari, serta menemukan makna dalam setiap pengalaman.

Kesedaran Diri
Meluahkan perasaan dapat membantu mengurangkan tekanan, kegelisahan, dan beban emosi yang terpendam.

Proses Pemulihan & Ketahanan Mental
Bercerita bukan sekadar melepaskan beban, tetapi juga membina ketahanan emosi agar kita lebih bersedia menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Perubahan & Pertumbuhan
Apabila kamu berkongsi cerita, kamu membuka ruang untuk belajar daripada pengalaman, memperoleh wawasan baharu, dan berkembang menjadi versi terbaik dalam dirimu.
Apa yang kami lakukan
Kami menyediakan ruang yang selamat untuk sesiapa sahaja yang ingin berkongsi cerita tanpa rasa takut dihakimi. Di sini, kamu boleh meluahkan perasaan, mencurahkan isi hati, dan mendapatkan sokongan daripada mereka yang benar-benar prihatin akan anda. Kami percaya bahawa bercerita adalah langkah awal untuk berasa lebih lega serta terhubung dengan orang-orang yang memahami. Kerana setiap cerita itu berharga, termasuk ceritamu.
Melepaskan Beban
Memendam perasaan boleh membawa keletihan. Dengan bercerita, ia dapat membantu anda berasa lebih lega.
Memahami Diri Sendiri
Menuliskan cerita dapat membantu anda mengenali emosi dan menemukan penyelesaian yang sesuai.
Mengurangi Rasa Kesepian
Anda tidak keseorangan. Terdapat insan yang prihatin dan sentiasa bersedia untuk mendengar.
MEMBINA HUBUNGAN
Cerita anda berpotensi untuk memberi inspirasi serta menghubungkan anda dengan individu lain yang memahami.
Jutaan Orang Sudah Berani Berkongsi cerita –
Sekarang Giliran anda !
Jutaan orang telah menemukan ketenangan melalui perkongsian cerita — mereka tidak lagi bersendirian dalam menghadapi kegelisahan dan kesedihan. Dengan bercerita, mereka dapat melepaskan beban, menemukan sokongan, serta menyedari bahawa ramai yang prihatin akan anda. Jika anda bersedia, ceritakanlah apa yang anda rasakan. Kerana setiap cerita itu berharga, termasuk cerita anda.

Tuliskan cerita anda
Luahkan perasaan anda dengan jujur dan bebas melalui borang yang disediakan.

KONGSIKAN
Hantarkan cerita anda tanpa rasa takut dihakimi. Privasi anda tetap terpelihara.

DAPATKAN MAKLUM BALAS DARIPADA MENTOR
Pasukan mentor kami akan meneliti dan memberikan maklum balas yang membina serta mendorong anda.
3 Langkah Mudah untuk berkongsi cerita
Kadangkala, hidup terasa berat. Fikiran penuh, hati sesak, namun tidak tahu kepada siapa harus anda ceritakan. Jadi, jangan risau kerana anda tidak keseorangan. Suara dan perasaan anda amat berharga, dan di sini anda boleh berkongsi tanpa rasa takut dihakimi. Biarkan kata-kata menjadi penawar yang melegakan hati anda.
“Berani berkongsi cerita adalah bentuk keberanian yang tertinggi, kerana ia bermakna anda memilih untuk tidak lagi sendirian.”
– Dr. Brené Brown